"selamat datang ke sini...*krikkrikkrik*"

Friday, February 28

First Post, First Mini GiveAway

WootWoot!

Assalamualaikum dan salam 1 hati...

Hola there.. ini merupakan first post gua and first giveaway gua.  Gua bukan apa..  Tetiba malam tadi gua tergerak hati nak buat blog ni and terdetik dalam hati kecik dan hati besar gua sambil usus gua menyokong penuh cadangan hati gua untuk buat first giveaway.


Cara cukup simple.  Gua tak mintak korang like page gua ke..Jadi friend gua kat FB ke..  Jadi followers gua ke.. TAK.. Korang yang nak join just buat satu entri pasal pengalaman yang paling korang tak boleh lupa yang ada kena-mengena dengan hari pertama. Contoh hari pertama bersekolah ke. Hari pertama bekerja ke. Hari pertama berdating ke. Apa-apa je pasal hari pertama.  *bukan cerita malam pertama ok!*  

Memandangkan ni entri first gua thats whylah gua buat mini giveaway yang bertemakan hari first!

Korang yang dah buat entri, lekatkan link blog gua atau post gua ni dalam entri korang and komen pada entri ni ok? Senang gua nak baca mana yang best.

Pemenang akan diadili oleh gua sendiri.  Kalau gua layan je cerita korang maka koranglah pemenangnya.  Pemilihan gua bukan berdasarkan blog korang paling anggun, paling banyak followers ke apa k.  Ia berdasarkan cerita korang.

Lupa lak nak cerita pasal hadiah ek.  Hadiahnya adalah :

Tempat Pertama : Top-Up Bernilai RM30
Tempat Ke-2 : Top-Up Bernilai RM20
Tempat Ke-3 : Top-Up Bernilai RM10
Saguhati x2 : Top-Up Bernilai RM5


Apa?? Hadiah kecik? Der, nama pun mini giveaway.. Kalau mini giveaway gua ni berjalan dengan lancar and banyak sambutan gua buat mega pulak. Hahaha *beranganlah kau nokk*

Hopefully adalah yang nak join Mini Giveaway gua ni..  Gua, hati gua serta usus gua berbesar hati nak bagi top-up kat korang ni.  Lupa lak pasal tarikh tutup.  Tarikh tutup dia pada 10hb March 2014.  Hadiah akan diedarkan pada 15hb March 2014 menerusi PM di Facebooked, WeChatters, Twittering atau mana-mana yang korang ada.  Kang gua bagi PM kat FB je ada lak yang tak ada kang!

Sehingga bertemu lagi..  Uar-uarkanlah kat sedara-mara, sahabat-handai, kaum kerabat, toknyen, wannyen dan segala isi alam semesta yang melimpah ke ladang gandum k. 

Salam 1Hati.

3 comments:

precious cla said...

Hai saya join . :)

http://walkstatic.blogspot.com/2014/02/first-mini-giveaway.html

Unknown said...

tengs @precious cla...:)

precious cla said...

Most welcome :)